Apr 29, 2014

APA NAK BUAT BILA ANAK DEMAM

Assalamualaikum...
sekarangkan musim demam termasukla putera dan puteriku tu.
Runsing sebenarnya kalau salah sorang demam.sebabnya kalau Rayyan demam, Rayna pasti menyusul lepas tu.Tambah- tambah lagi Rayna ada special case.Memang double triple kena take care.Risau sangat-sangat kalau rayna demam.Hmm..
 
Selalunya kalau anak- anak saya demam saya mesti buat  benda kat bawah ni.
 
 
 
 
1. Sukat suhu badan anak
 
Suhu badan yang normal ialah 36.7C. Gunakan termometer yang boleh didapati di farmasi.Tak silap saya pasaraya pun ada jual termometer.Belilah yang mengikut bajet dan kemampuan tidak kirala yang letak di dahi, mulut atau telinga. Yang penting setiap keluarga wajib  ada termometer.Bukan apa, senang nak pantau suhu anak-anak.
 
2. Tuam kepala anak
 
Jika suhu terlalu panas, tuamlah badan anak anda.Tuam dicelah - celah ketiak, Celah kaki dan celah peha.Sentiasa basahkan tuala dan letak di dahi.Jangan pakaikan baju tebal.cukupla sekadar pampers sahaja. Tak silap hospital pun tak bagi pakai baju.Malah pihak hospital sendiri suruh kita basahkan air pada badan anak kita supaya suhu dapat turun dengan cepat.Tapi apa yang saya selalu buat ialah, saya akan angkat anak saya ke sinki @ toilet basahkan kepala mereka.Kalau rasa agak - agak panas, saya akan memandikan mereka terus.
 
 
 
 
3. Beri anak makan bubur
 
Selalunya ketika demam, tekak kita tidak berapa sedap.Samala juga keadaan anak kita. Berikan makanan yang lembut dan tidak menyakitkan tekaknya.
 
 
 
 
 
 
4.Banyakkan minum air dan susu.
 
Berila anak  minum susu atau air sebanyak mungkin.Ini kerana, suhu badan yang meningkat, akan menyebabkan badan kekurangan air.Jika anak tidak mahu makan atau minum sehingga menyebabkannya lemah adalah dinasihatkan cepat bawanya ke hospital berdekatan.
 
5.Berdoa pada ALLAH
 
Berdoalah.Mohon padaNYA, agar dipersembuhkan secepat mungkin.Dalam bidang pengubatan Islam, terdapat cara yang boleh kita amalkan serta ikhtiarkan untuk merawat penyakit demam panas ini seperti berikut:
 
DOA YANG DIBACA:-

  • . Al-Fatihah

  •  Selawat Syifa’


  • Ayat 21 hingga 24 surah al-Hasyr

  • Doa demam panas

 

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Dengan nama Allah Yang Maha Besar, kami berlindung kepada Allah daripada kejahatan peluh yang mendidihkan darah dan kejahatan kepanasan neraka”

KAEDAH RAWATAN

Bacakan kesemua doa dan ayat di atas, kemudian dihembuskan atas segelas/sebotol air dan diberi minum kepada pesakit. Pesakit juga boleh dilapkan dengan sebahagian air ini.
 
Cuma nak bagitau, kalau korang nampak anak tu dah lembik,letih, pucat, tak bermaya, tak makan dan minum. Cepat-cepatlah bawa anak ke hospital. Kita taknak nasi jadi bubur.. Baik bertindak cepat sebelum terlambat. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Apr 25, 2014

CARA HILANGKAN STRECH MARK

 
Assalamualaikum..
hai everyone....
 
ha nak cerita sikit pasal strech mark ni..  Selalunya strech mark ni terjadi ketika mengandung mahupun selepas bersalin. Sape yang takde tu, memang tabik spring la. aku ni memang ada strech mark.seriau plak nengoknya. Pandai korang jaga kan.So, sape yang takde stretch mark gi main jauh- jauh.tak nak kawan.. bhahaha...
 
Time Pregnant semua celah ketiak, paha, leher, betis semua hitam. Macam tak sental setahun. Betul tak? Aku la tu.tak cakap orang lain pun.haha...
 
Tadi saja je la aku google tentang strecth mark ni.Jumpa la Petua nak hilangkan strech mark ni.Meh, kita buat sama-sama. Semua boleh amalkan petua ni.

Bahan- bahan yang diperlukan;
~ 1 sudu teh kapur sirih (kapur makan)

~ 1 sudu teh air limau nipis

~ 20 titik minyak kayu putih

Caranya;

1. Campurkan ketiga-tiga bahan di atas hingga sebati.

2. Sapukan pada tempat-tempat yang ada "stretch mark".

3. Amalkan selama beberapa minggu sehinggalah ia berkurang atau hilang.


Cuba tau korang..

Apr 24, 2014

Rupa Princess Elsa Versi Manusia

Nak tengok tak, rupa princess Elsa versi manusia.Meh tengok.....

   
   


Samakan...                                                                  

Apr 20, 2014

Mengapa kita perlukan supplement

Mesti ramai yang nak tahu " kenapa kan? ".Jadi tertarik untuk balqis share dengan anda semua tentang sebab dan mengapa badan kita perlukan vitamin setiap hari.Ok,mari kita tengok apakah sebab-sebabnya ...

Pertama : Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang diperolehi daripada makanan.Contohnya Vitamin C dan E yang diperolehi daripada makanan sahaj tidak mencukupi untuk memberi kesan pengcegahan dan antipenuaan.

Kedua : Buah-buahan yang ditanam diatas tanah yang tidak subur mengandungi bahan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayur dari tanah yang subur.Racun perosak ,racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

Ketiga : Zat makanan yang hilang semasa proses pengankutan,penyimpanan dan penyediaan Vitamin C dan Enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa di masak.

Keempat : Pengambilan pil penahan sakit,laksatif ,ubat-ubatan,alkohol,minuman keras dan antibiotik boleh menggangu penyerapan zat makanan.Amalan diet yang tinggi kafein lemak,kolestrol,gula dan garam dapat mengurangkan zat makanan di dalam tubuh.

Kelima : Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut sistem piramid makanan yang dicadangkan

Keenam : Gaya hidup dan trend masa kini yang sibuk,kita lebih memilih makanan segra atau diluar yang tinggi MSG (bahan Pengawet)

Ketujuh : Bagi yang bekerja,Makanan tengahri selalunya diluar dan malam memasak seringkas yang mungkin ,maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.

Inilah & sebabnya ..jadi jika kita seseorang individu yang mementingkan kesihatan kita,anak-anak dan family kita,amalkan pengambilan cara atau corak pemakanan yang betul serta mengambil vitamin harian yang mencukupi.

balqis harap apa yang kongsikan ini,memberi manfaat kepada anda semua.

Apr 18, 2014

Ostematrix yang best


Nak tau tak, cerita pasal ostematrix. kenapa aku cakap dia best.Sebab dia lebih daripada kalsium.

Antara manfaat Ostematrix ni ialah
  1. Membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang sihat.
  2. Mengelakkan penyakit osteoporosis (tulang rapuh).
  3. Memulihkan kekejangan, kebas - kebas, sakit tulang belakang dan simpul biawak (bagi preggy mommy).
  4. Meringankan stress - mengelakkan gejala mudah meradang dan murung.
  5. Menstabilkan tekanan darah bagi memastikan tekanan darah berada tahap yang normal.
  6. Meringankan sakit ketika haid. (Kelancaran saraf dan pengecutan otot memerlukan kalsium yang mencukupi. Dengan kalsium yang cukup, kita tak mudah senggugut, retensi air)
  7. Membantu kekal bertenaga dan bersemangat walapun sibuk dengan urusan seharian(terutama bagi mereka yang bekerja)
  8. Membantu masalah gastrik.
  9. Membantu dalam pengurusan badan
  10. Membantu dalam mengatasi sembelit.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

heartbeat