Sep 6, 2011

MAKANAN MINDA

Salam semua.. dah lama tak update blog.entah kenapa sejak akhir- akhir ni kemalasan melanda.. Eh, macam ada orang plak baca blog ko khen.. Oh ye, rasanya tak terlambat nak ucap selamat hari raya aidilfitri. Mohon maaf kalau ada terkasar bahasa,tersilap kata dan sebagainya.Tadi saje je google tentang 'makanan tambahan atau supplement  minda' untuk little rayyan.sekali terjumpa resepi yang memang kita sebagai ibu patut sediakan untuk anak tercinta.Rasanya tak salah mencubakan?.Kat bawah ni ada resepinya.. Jom kita cuba..

Kali ini saya ingin berkongsi resepi saya pada sesiapa yang berminat. Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. Apa yang diperlukan untuk resepi ini ada 9 perkara:



1) Kacang Badam (Almond)
Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari.

2) Kismis
Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda.

3) Minyak Ikan
Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi.

4) Kurma
Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihissalam dirakam di dalam Al Quran;
'Dan gegarlah kearahmu batang pohon kurma itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak, maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan. Al Quran (17) Surah Maryam (Ayat 25-26)

5) Madu
Madu kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Para penyelidik menggelar madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak. Sabda Rasulullah s.a.w. Barangsiapa yang menjilat Madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar (penyakit yang berbahaya) (Riwayat Ibnu Majah)

6) Habbatus Sauda
Sabda Rasulullah s.a.w. "Tetaplah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya adalah penawar segala jenis penyakit melainkan as Sam. Para sahabat bertanya "Ya Rasulullah, apakah itu as Sam..? Jawab Rasulullah s.a.w "As Sam itu adalah mati.."


7) Buah Tin

Allah berfirman "Demi buah Tiin dan Buah Zaitun, Demi Gunung Sinai dan Negeri (Makkah) yang dijadikan aman.." Al Quran (95) Surah At Tiin (Ayat 1).

Sabda Rasulullah s.a.w.
Makanlah kamu semua darinya (Buah Tin), sekiranya aku katakan sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata 'inilah buahnya'. Ini kerana buah syurga tiada keraguan. Sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan manfaat bagi sendi-sendi" Hadis riwayat Abu Daud, Abu Darda, Suyuti

8) Ekstrak Daun Zaitun Olive Oleo
Melancarkan penghantaran nutrien-nutrien dari bahan bahan diatas ke dalam darah dan seterusnya ke otak. Ia juga adalah anti bakteria, anti fungus dan anti virus. Resepi ini tidak memasukkan sebarang bahan awet selain dari ekstrak daun zaitun ini.

Pohon Zaitun adalah pohon yang diberkati seperti sabda Rasulullah s.a.w. "gunakan sari zaitun sebagai lauk pauk dan minyak, sesungguhnya ia berasal dari pohon yang diberkati' Riwayat at Tarmizi dan Ibnu Majah"


9) Air Surah Taha
Air biasa yang dibacakan AlFatihah (1 kali) dan Surah Taha, Ayat 1 - 23, 11 kali. Ia adalah makanan rohani yang akan melembutkan hati kanak-kanak degil dan melancarkan pemikiran mereka. Ia adalah doa Nabi Musa untuk memohon kebijaksanaan.




Lihat urat2 pada kacang badam.. ia mirip kepada rupa urat-urat otak kita. Saya pernah terbaca (lupa dimana), Ini adalah kejadian Allah untuk memberitahu kita kegunaannya pada manusia.



Badam, Kismis, Kurma dan Buah Tin di blender halus.

Tips : Habbatus Sauda dan Buah Tin di masukkan sedikit sahaja kerana jika terbanyak, ia akan menyebabkan 'funny taste'...tak sedap. Sukatannya, agak-agak saje. Boleh buat ikut suka tangan kita..

sumber : SINI .Blog yang sangat bagus untuk kita sebagai kaum ibu dalam mendidik anak-anak berteraskan  AL-QURAN

Jul 25, 2011

Salam nak bagitau ni hari jumaat & sabtu (29&30 july 2011)  ni ada member sale kat Sogo kl.apa lagi, mari kita ramai-ramai terjah.. elokla shopping sebelum puasa.kang dah puasa malas nak mengukur shopping mall plak.malas ke??..  selalunya time-time macam ni la diskaun gila2..

 nak tengok katalog? klik SINI

note- 1 Sogo kad hanya boleh masuk 3orang je..

Jul 2, 2011

Kisah Sedih Pasangan Norma dan Talib..

Fuh.. fuh.. lama giler tak hapdet entry.. bukan takde cerita, banyak.. cuma malas menguasai diri ditambah lagi dengan kesibukan yang melanda.Seperti biasa rajin terjah blog2 favourite tapi malas nak hapdet entry.lol.. terkesima bila baca entry fillanie. Ya ALLAH, dugaan melanda keluarga Talib dan Norma.. 

Meh baca story yang saya copy paste dari entry Fillanie.



Hari nie ada special entry sikit...Aku sendiri tak tau nak start dari mana dan nak start macamana..

Kalau korang perasan sorang blogger nie.. nama dia Moon.. dia antara kawan yang terapat dengan aku.. dan kalau korang follow blog Moon.. korang mesti tau masalah yang dia dan keluarga tengah hadapi sekarang.. Sebenarnya Moon dah puas fikir panjang samada nak buat benda ni atau tak perlu... so sebagai kawan, aku rasa takde salah pon kalau Moon nak teruskan niat dia.. yang penting dia tau niat dia ikhlas...
-Norma-
Adik ipar Moon menderita menghidap cancer... memula aku dapat tau.. aku pon macam terkejut jugak.. sebab adik ipar moon nie baru jugak kahwin.. lepas tu mengandung.. dan Alhamdulilah selamat melahirkan bayi lelaki yang comel dan sihat.. kita panggil je dia Norma ye.. so, selepas Norma melahirkan anak pertama dia tetiba jatuh sakit.. aku ingat lagi masa tu Moon kata ingatkan penyakit misteri.. siapa tak sedih? orang lain selepas melahirkan anak, gembira menyambut kehadiran orang baru.. lagi-lagi anak pertama.. buat yang ada pengalaman manisnya memeluk anak pertama mesti faham bahagianya rasa tu..
-Norma bersama Rafiq-

tapi Norma tidak menerima nasib sebegitu.. selepas je bersalin Norma stay di rumah Moon.. nasib ada kakak ipar dan abang ipar yang penyayang, prihatin dan mengambil berat.. Moon lah yang menguruskan anak Norma yang bernama Rafiq.  bila pegi hospital, buat check up semua.. barulah tau yang Norma sebenarnya menghidap cancer.. sebak mengenangkan nasib Rafiq yang baru lahir tapi tak sempat merasa belaian seorang ibu.. tak sempat merasa susu ibu.. ok aku sebak. hmmmmm..

Suami Norma, Talib ke hulu ke hilir menguruskan isteri yang terlantar sakit.. aku tak boleh bayangkan bila Moon selalu datang melawat Norma sambil bawak Rafiq... Norma hanya mampu pandang tak mampu membelai bayi kecil itu.. tabahnya Talib suami Norma.. hanya Tuhan yang tau apa ada di hati Talib.. apa ada di hati Norma saat melihat Rafiq..
anak kecil yang tak mengerti penderitaan ibunya

-siapa sangka selepas setahun perkahwinan, dikurniakan cahaya mata dan bermula sebuah penderitaan-
-Talib sentiasa ada disisi isteri-

Dugaan bertimpa-timpa.. sampai Talib pon aku tengok dah susut sangat badan dia.. condition Norma plak tak menentu.. kadang lepas operation dia ok.. kadang dia tak ok.. hati mana lah yang sanggup tengok penderitaan ditanggung mereka..

-Talib bersama Rafiq-

-tangan Norma yang lebam-

-gambar terkini baby Rafiq-

Moon dan suaminya Sutan ni aku kenal dah lama.. diorang baik dan lembut.. aku tau Moon malu, Talib malu nak mintak tolong aku buatkan entry nie.. tapi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. dalam serba salah tu aku rasa tak pelah Moon, kita usaha je..
kepada sesiapa di luar sana yang rasa ingin sama-sama mengurangkan beban Talib.. korang boleh buat sumbangan ikhlas.



cimb


01070068677528


Noormawati Mohd Rasif
Marila kita sama-sama menolong.Tak siapa tahu,mungkin masa ni diorang di bawah.esok lusa nasib kita pulak.minta dijauhkanla.Saya tau di luar sana tu ramai yang berhati mulia.Tidak dapat menolong dengan wang ringgit, doa untuk Norma pun sudah memadai..takpun nak tau rentetan kisah norma dari first dapat tau kena kanser sehingga kini boleh follow moon punyer blog kat sini.

Apr 16, 2011

terbaekk dari nabil

best tgk nabil perform.. mmg terbaek.nabil tak perlukan lawak yang berunsur lucah pun tapi masih mampu menarik perhatian ramai. Meh kita tengok..


Apr 14, 2011

Rayyan Birthday Goodies Bag

Hmm.. sekarang ni tengah sibuk memikirkan nak buat party favor untuk rayyan.Ingat nak D.I.Y je.. guna brown paper bag a.k.a kertas pisang. Jimat sket.. hehe.. cheapskate aku ni.. Kalau nak tempah pun dah tak sempat.lagi seminggu je.Lagipun jemputan pun tak ramai.Ingat next year baru buat meriah skit. Sibuk goggle tentang goodies rayyan ni.Macam-Macam ada.Meh kita tengok.. idea oohh idea... di mana dikau..

                                                                        source : here

                                                                     source : here


mmm.. mana satu ek?

Apr 13, 2011

Happy birthday sayang

hehe.. da terlambat sebenarnya nk tulis ttg birthday buah hati mama ni.kira belated la. rayyan lahir pd 11 april 2010 pukul 3.10pg.ceaser ok.penat mama menunggu anak mama ni keluar secara normal.tapi nan adoo.. last2 ceaser jugak.11hb tu ada juga kami celebrate bertiga.Beli aiskrim cake ngan kfc pastu makannn.. huhu.. best. birthday party? insyaallah kitorang celebrate kat mcdonald pada 24 hb ni.nape lambat sgt? hehe kitorang celebrate dengan kakak marsya sekali (sepupu rayyan).Sekarang ni tgh sibuk buat party pack.. bila kenang balik, cepat je masa berlalu.dulu lahir premature,terpaksa ceaser takut baby lemas dalam perut. lahir pun kecik je.. 2.2 kg.now anak mama ni dah pandai jalan.terkedek-kedek.comel.bravo la sayang.

                                  mama sangat sayang sama kamu RAYYAN HANIFF.

Apr 6, 2011

twin baby boys have a conversation - OFFICIAL VIDEO

ni la video yang popular 1 dunia. video tentang baby kembar lelaki yang berborak macam orang dewasa je lagaknya.popular woo..


Apr 5, 2011

Kuasa ALLAH.. Jantungnya terkeluar



 
Seorang bayi yang dilahirkan secara pembedahan telah mengejutkan doktor..
Jantungnya berada diluar..
Subhanallah..

Lokasi Kejadian : di Hospital Sultanah Aminah , Johor Bharu

Apr 2, 2011

Pinjaman KPM

ok.. baru - baru ni mak call kata surat dari KPM sampai. uitt.. biar betul.bila tanya mak kenapa, mak cakap pasal pinjaman KPM.Alamak, baru teringat dah lama tak bayar pinjaman KPM.ha.. tu la, waktu dapat pinjaman tak ingat.berhoye-hoye.bila nak bayar culas ek balqis.hehe... Dengan rasa takutnya terus la pergi bayar.Sapa -  sapa yang nak dapat info mengenai pinjaman KPM meh klik SINI dan  FB bayaran balik pinjaman KPM

Maharaja Lawak

Malam tadi bermulalah pusingan pertama Maharaja Lawak.Best-best sebab raja - raja lawak bertanding merebut Gelaran Maharaja Lawak.Agak-agaknya sape ek yang ditabal sebagai Maharaja Lawak.Favourite sy dah tentunya Jozan.. Kesimpulannya semua hebat-hebat belaka. Memang pecah usus dan pundi kencing dibuatnya.


Jangan lupa lawati laman web maharaja lawak dan Facebook Maharaja Lawak untuk info lebih lanjut.

Poco-poco diharamkan.biar betul..

 
tepuk dada tanya iman..

Mar 21, 2011

BERHATI - HATI MELAWAT ORANG MENINGGAL..

CERITA NI AKU AMBIL DARI BLOG KAK DI UNTUK PENGAJARAN BERSAMA

Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah, namun berhati-hatilah. Org tua-tua used to say bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah.
Teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.

Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu).

Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah... katanya) . Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.

Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulilah.

Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami
tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.

Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut. Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak.

Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang.

Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya.

Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih.

Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris.

Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran.

Mar 19, 2011

RAHSIA TSUNAMI DI JEPUN ADA DI DALAM AL-QURAN

1. Tarikh yg berlaku adalah pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.
2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.
3. Jawapanya Jujuz ke 14 Quran.
4. Dan bulan 4.

Rahsia angka tahun ini : Jujuz 14 Ayat Quran ke 4.

Rujuk di Quran.

1. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah AL Hijir menyatakan

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".

2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)

so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.

di ambil pula lokasi latititude dan longitude.

3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.

Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53

maka 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
so next 3+0 = 3.
*proved wilayah yang Allah maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6

msa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..

so 1+4+4+6 =15
so next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan.

6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.
7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya
8. WauAllahhu Allam.

Di persilakan untuk share. bg mengingati kite kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat.

2ND MOTHERHOOD EXPO

tetiba pulak hari ni rajin nk update blog.selalunya sampai berhabuk blog ni tak berhapdet. ni nak bagitau sekarang kt Mid Valley Exhibition Centre ada evevt 2ND Motherhood Expo..




Haa, sape yang rasa2 boring duk umah bolehla pegi.aku?? .. hmm.. baik aku duk umah.dahla ujan, tido lagi sedap.pagi tadi awal-awal lagi dah keluar rumah temankan hubby pegi main bola sepak pantai.. kesian rayyan pagi-pagi lagi dah kena bangun.skang ni dia tengah tido.penat sangat kot. cian anak mama..


 

Man Raja Lawak Musim Ke 5

Tahniah Man atau lebih dikenali dengan nama Abd Rahman Bin Kassim.. Sememangnya saya dah menjangkakan yang Man akan muncul sebagai Raja Lawak untuk musim ini.Walaupun Man kurang mendapat undian pada awal musim Raja Lawak namun persembahannya yang maintain dan bersahaja setiap minggu memikat hati ramai penonton.Man mendapat ganjaran RM100 000.. Puuhh.. best2.. 

Naib juara pula dimenangi oleh R2 manakala kumpulan Balas di tempat ketiga. Masing-masing menerima hadiah wang tunai RM50,000 dan RM30,000. Ketiga-tiga pemenang juga mendapat hadiah barangan elektrik Arezzo, LG, Elba dan Pensonic serta trofi Raja Lawak sumbangan Astro.



Mar 12, 2011

MATTA FAIR


Hmm.. sekarang ni kat PWTC ada matta fair.. rugi kalau tak pergi.. Event ni berlangsung dari 11-13 mac 2011. Macam - macam destinasi pelancongan ada.Pilih je nak pakej mana dan agensi mana.mesti rambang mata nak pilih pakej yang terbaik.saya tak tahula pergi ke tidak.karang cakap pergi sekali tak jadi pergi.kalau cakap tak pergi sekali jadi.. hehe.. ingat hari ni nak duk umah kemas umah.kat rumah ada budak kicit yang sangat suka mengutip.nak tau sapa? meh tengokgambar kat bawah ni la orang nya..

 sayala budak itu.. huhuhu..

Mar 11, 2011

TSUNAMI DI JEPUN..

Terperanjat bila hubby bagitau Jepun dilanda Tsunami.. Teringat balik kejadian yang melanda acheh dulu..


Gegaran dikesan pada kedalaman 10 kilometer dan 125 kilometer di timur Jepun atau kira-kira 380 kilometerke timur laut Tokyo. Bandar Onahama di utara Jepun kemudian turut dibadai ombak tsunami setinggi enam meter. Stesen Televisyen Tempatan, N-H-K berjaya merakamkan ombak tsunami menghanyutkan kereta, trak, rumah dan bangunan di bandar berkenaan.Sesungguhnya tiada siapa yang boleh melawan qada dan qadar darinya.Sama-samala kita berdoa semoga rakyat dan sedara mara kita di jepun selamat.


TV3 pun dah beri amaran kepada penduduk malaysia bahawa sabah dan labuan dijangka akan terkena tempias tsunami ni.so elakkan berada di tepi pantai.Semoga negara kita dijauhkan musibah ni. Fuhh.. pergilah. jangan datang sini.

Feb 16, 2011

Semudah ABC

haa... perasan tak? blog ni dah ada iklan baru.. heartbeat namanya.. nak register semudah ABC.. jom daftar ramai-ramai.. kat bawah ni ada tutorial lengkap oleh anje.


1. Mula klik http://heartbeat.my/?rid=6011


2. Klik Icon Hearbeat seperti yang dibulatkan tu





3. Klik CREATE ACCOUNT dan isi kesemua maklumat yang dikehendaki



4. Masukkan Password Email Address then klik I agree HeartBeat's Terms of service then klikcontinue







5. Then dah create account klik Join HB!Affiliate seperti kotak merah diatas



6. Klik Online Application (seperti yang ditunjukkan diatas)
then isi kesemua maklumat yang diperlukan



7. Masukkan maklumat mengenai Blog anda (seperti contoh borang diatas)



8. Pilih cara pembayaran yang hendak dibuat kepada anda...
then klik continue



9. Klik My HB!Affiliate untuk mendapatkan code iklan heartBeat


10. Klik GET A CODE  (seperti di atas)

11. Copy Code2 yang anda kehendaki(bertanda merah bulat), ada 4 code untuk iklan Heartbeat
 (seperti lampiran yang bertanda kotak merah blah atas)


AFTER THAT TUTORIAL UNTUK PASTE CODE KE DALAM BLOG



 12. Pi Kat Design


13. Klik Add A Gadget 



14. Klik add HTML/JAVA SCRIPT then saveulangi cara yang samauntuk letak ketiga2 iklan berkenaan






15. akhir sekali DRAG gadget berkenaan ke kedudukan yang dikehendaki...


mudah bukan? semudah ABC.. jom sertai ramai-ramai


P/S: thanks to anje@mamaqish for the very complete tutorial


bubble time @ Pantai Morib

last weekend kami sekeluarga pergi pantai morib dengan my SIL family.. dah lama tak pergi sana.sekali sampai.. wow pantai morib dah bertukar wajah la. best tgk budak- budak main bubble.. jom layan piccas di morib

                                           seronoknya diorang main bubble..

             rayyan duduk dalam stroller je ek.. nanti dah dapat kaki boleh join sama.

                                                        bubble time..

                                               sukanya aleesya..

                    mama.. rayyan boleh join kakak aleesya main bubble tak???

                                            bolehla.. (nada memujuk)

                            tak boleh.. takpela.. lain kali ye mama.

Feb 15, 2011

@ Blogger List

@ Blogger List
im in ur many silent reader & new in blogging area.. salam perkenalan..

http://balqisnordin.blogspot.com

salam maulidur rasul


salam maulidur rasul buat kawan - kawan muslim ku semua.. yang tak bestnya harini saya dilanda athma yang teruk sgt. pegi hospital ingatkan ambil gas terus balik tapi doc tahan suruh buat x-ray. mana taknya 3 kali ambil gas siap kena cucuk lg still ada wheezing. lama jugakla bertapa kat emergency room tu. alhamdulillah doc ckp xde pape.boleh balik rumah.yang penting doc bagi mc for tomorrow.. yahoo.. doc suruh rest banyak- banyak... hmm.. agak-agak macam mana nak rest ek kalau budak si mata bulat ni ada kat umah??


takper abah kan ada.abah boleh jaga rayyan.. thanks buat mak yang sudi datang dan jaga rayyan waktu  saya pergi hospital dan eddy yang temankan kakak dia ni ambil gas. e eh.., mana abah? abah pergi perarakan maulidur rasul kat shah alam. tinggalla mama keseorangan.. 

haa.., korang pilihla mana satu? kalau saya dah tentula saya pilih maulidur rasul. saya dengan abah rayyan tak mainla celebrate valentine day ni.. ape kelasssss... bagi kami hari2 adalah hai cinta buat kami... opppss.. terover sudah.. okla nak rest jap.


Jan 10, 2011

Keputusan anugerah juara lagu 25

ha.. kat bawah ni keputusan AJL25

Juara Lagu : Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali

Naib Juara : Drama King – Meet Uncle Hussain & Black

Tempat ketiga & Vokal terbaik: Noktah Cinta – Hafiz

Persembahan terbaik : Hanyut – Faizal Tahir

*kredit to www.redmummy.com & www.zonartis.com

 

Jan 7, 2011

Mereka berjimba ria di Genting Highlands, saya???

 

tajuk entry macam orang frust plak.hehe.. untuk pengetahuan semua, kebanyakan kawan ofis saya naik genting harini.yang tinggal kat ofis cuma berapa kerat je.okla tu.diorang berjimba2 kat atas kami pulak berjimba2 di ofis.lagipun kawan-kawan saya pegi genting bukan untuk bersukaria tau tapi untuk memperjuangkan kemenangan bowling untuk ofis saya.papehal pun doakan kemenangan kawan-kawan saya.papehal pun saya doakan kemenangan bagi ofis kita.. hooreyy.. takpe korang bersukariala kat atas nun.. aku plak weekend ni nak merayap masuk mall.boleh?

Jan 6, 2011

1st blogging..

ni 1st time b'blogging.harap-harap adala yang suka baca bebelan saya ni.. adaker? huhu.. saya ni kan,org lain ada blog awak pun nak jugak.. buweekk.. anyway saya seorang isteri dan mama kepada baby yang comel. Rayyan mama sayang kamu.. mmmmuuuah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

heartbeat