May 8, 2014

SET BERSALIN APA YANG SESUAI UNTUK CESAREAN?

Assalamualaikum.. kalau tanya saya dah tentu saya akan jawab SET BERSALIN SHAKLEE.. Ini kerana mengikut pengalaman saya sendiri yang sudah 2 kali cesarean. 

Ingat lagi masa bersalinkan anak pertama dulu, saya ambil set jamu. Maklumlah, waktu tu anak pertama.Jadi memang tiada pengalaman disitu. Set bersalin memang saya dah beli awal2 lagi.Preparation kata orang kampung saya.hehe.. tup.. tup.. kena emergency czer. So, saya tadah dengan relanya..

Bila dah discharge, saya pun amik jamu dan berurut,pilis bagai. Esoknya bila nurse datang rumah nak cek ibu dan baby, nurse kata anak saya kena kuning.Suruh refer hospital secepat mungkin.Oh  nurse pun ada tegur, seeloknya tak payah pakai pilis sebab ianya jatuh ke mata anak bila sy breastfeed.

Bermulalah episod 'Hospitalku Rumahku'. Demi anak ku gagahkan jua. Sampai di hospital, kena marah dengan doctor. Tanya saya macam- macam. Yang paling saya ingat sampai sekarang doktor tanya, 'awak amik jamu ke?' doktor geleng kepala..Rayyan kena jaundis dengan bacaan yang tinggi. Hampir hampir tukar darah.. Sedangkan waktu tu saya baru je amik jamu dalam sehari.Rayyan di bogel dan dipasang lampu atas dan bawah untuk beberapa hari.

Waktu tu, sesi berpantang saya tidak sesempurna orang lain.Hanya cukup2 syarat saja.Berurut cukup 3x.Itu pun Curi-curi masa.Sebab masa tu lebih banyak berada di hospital. Bayangkanlah, dengan luka czer yang belum sembuh saya ulang alik ke hospital untuk menghantar susu dan breastfeed baby. Memang waktu tu jadi alah bisa tegal biasa.

Alhamdulillah. Rayyan dah boleh discaj dengan kulit yang sangat2 hitam.hehe... doc kata akibat lampu biru tu menyebabkan anak saya hitam.

                                                          sebelum UV

                                                           selepas UV

         


So, bila saya mengandung je anak kedua, saya lebih hati2. Lebih banyak buat research. Google produk apa yang sesuai untuk czer dan baby.Alhamdulillah saya ditemukan dengan shaklee..

P/S: ini pengalaman saya, setiap orang lain pengalamannya dan lain kesannya.Mungkin saya tidak sesuai dengan jamu. Tapi tidak bermakna anda juga tidak sesuai dengan jamu.

Ok meh, saya cerita tentang produk bersalin shaklee ni. Kenapa saya pilih SET BERSALIN SHAKLEE?
 
          

Kelebihan Produk Shaklee Pada Kesihatan

1) Vitamin B Complex bersama A. Folik


Peranan B Complex Shaklee dalam set ini sebagai Anti Stress pada ibu berpantang. Kesan yang dapat dilihat pada si ibu menjadikan mereka lebih tenang dan membantu tubuh menghasilkan sel darah merah baru selepas kehilangan banyak darah semasa proses kelahiran. 


2) Sustained Release Vitamin C


Vitamin C membantu tubuh melawan penyakit kerana ia meningkatkan daya tahan tubuh. Selain itu, vitamin c juga membantu  penyembuhan luka jahitan (samada daripada pembedahan caeser Czer (aka Cesarean) atau normal) dan memullih tisu yang rosak selepas bersalin. Vitamin C juga penting dalam membentuk kolagen dan penting dalam kecantikan kulit.



3) Vitalea / Multivitamin Dengan Zat Besi


Lanjutan dari Vitamin  C, Produk Vitalea melengkapkan keperluan vitamin harian kita dengan membekalkan 23 jenis mineral dan vitamin yang diperlukan oleh sistem tubuh untuk kembali  beroperasi dengan nutrient yang diperlukan. Antara mineral yang penting adalah zat besi, komponen penting pembentukan sel darah merah yang berkualiti untuk membantu badan kita kembali cergas. 


4) Zink Complex

Zink penting dalam membaiki luka pembedahan dan dalaman disamping membantu anak yang disusukan mendapat bekalan zink melalui penyusuan badan secara tidak langsung.

Zinc complex didalam set bersalin shaklee membantu luka pembedahan dan bersalin sembuh dengan lebih baik. Masalah keguguran rambut juga dapat dikurangkan dengan zinc.

Bagi lelaki, zink berfungsi meningkatkan kesuburan mereka. Menjadikan sperma lebih berkualiti dan meninggikan peluang mendapat anak. 



5. Shaklee ESP (Energizing Soy Protein) 
Protein daripada soya yang dirumus khas didalam Energizing Soy Protein ini akan menampung keperluan tubuh untuk menghasilkan lebih banyak susu badan bagi keperluan anak. 

ESP Shaklee ni salah satu produk wajib dalam Set Kurus Shaklee. Terutama untuk kawan kawan yang nak kuruskan badan tetapi mengalami gastrik



6. Shaklee Ostematrix 
Kalsium adalah komponen utama susu ibu selepas protein. Kehadiran kalsium mengelakkan sembelit dan stress pada ibu. Ramai dari rakan rakan dan saudara mara kita sakit sendi dan hilang gigi selepas anak dilahirkan. 

7. Shaklee Omegaguard dan Lecithin
Kedua dua produk ini membantu ibu berpantang membakar lemak dan mengembalikan kelangsingan tubuh badan mereka. 

Kawan kawan juga akan membekalkan DHA dalam omegaguard dan khasiat lecithin kacang soya untuk perkembangan minda bayi kita melalui susu ibu. Best kan

8. Alfafa Complex Shaklee
Set berpantang Shaklee mengandungi alfafa complex untuk membantu melupuskan dan memberihkan toksin dari badan. Usus kita tidak bersih kerana sisa makanan yang tertinggal.

Alfafa kaya dengan serat dan membersihkan dinding usus seperti span. Toksin dan racun juga akan dinyahkan dari badan dengan khasiat alfafa.

Barulah badan kita lebih bertenaga kerana zat dari makanan akan diserap sepenuhnya insyaallah. Alfafa juga membantu merangsang pengeluaran susu ibu.

Kalau kawan kawan sudah pun bersedia dengan ilmu penyusuan digandingkan bersama alfafa complex, hasilnya susu ibu akan meriah dan anak kita akan tertidur kekenyangan.

Sampai ada kes terpaksa beli peti sejuk baru untuk menyimpan stok susu yang melimpah ruah. Suhanallah. 

Namun begitu Alfafa tidak sesuai diambil oleh ibu dan anak yang menghidap G6PD dan SLE. Ibu yang bersalin secara pembedahan dan mempunyai anak yang demam kuning juga disarankan menunggu sehingga demam kuning anak reda sebelum mengambilnya.


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Siti Balqis Binti Mohd Nordin
♥ call/sms/wassap: 017-379.5564
♥ Emel : balqisnordin84@gmail.com atau pondokvitamin@gmail.com
♥ Fb: https://www.facebook.com/pages/Pondokvitaminsila klik LIKE utk info terkini

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

heartbeat