May 30, 2014

TIPS BANYAKKAN SUSU


Assalamualaikum.. hari ini saya nak kongsi TIPS BANYAKKAN SUSU.. Mungkin  ramai yang dah tau dan mungkin juga ada yang tak tau. Ibu mana yang tak mau menyusukan anak sendiri. Naluri keibuan pasti ingin merasa sendiri pengalaman menyusukan bayi. Ramai yang tidak tau cara atau tips yang betul untuk banyakkan susu..Disini saya kongsikan juga cara - cara yang boleh memperbanyakkan susu..



1-Minum Air
Elemen yang paling penting. Kurang air membuatkan susu yang dihasilkan menyusut. Oleh itu minum air ketika haus atau sebaiknya 3 liter air sehari untuk ibu yang menyusukan anak.



2-Mengepam Susu
Salah satu sebab susu kurang adalah tak ikut rutin mengepam dengan betul. Jadi kembali ikut rutin yang asal. Dan sebaiknya pamlah 2 jam sekali. Walaupun hanya angin yang keluar, teruskan mengepam. Ini dilakukan untuk memberi ransangan kepada payudara, agar 'signal' mahu susu yang lebih dihasilkan dihantar ke otak. Ambil masa 15-20 minit bagi satu sesi mengepam susu.
Dan sebagai tambahan, buatlah power pumping di antara waktu tengah malam hingga sebelum subuh. Waktu ini hormon prolaktin sangat tinggi. Hormon prolaktin ini adalah hormon bagi menghasilkan susu. Lebih hormon lebih banyak susu dihasilkan.



3-Guna Double Pumping dan buat Power Pumping
Pam kedua payudara dalam satu masa yang sama juga membantu membanyakkan susu badan. Ini kerana ransangan yang diterima serentak. Dan kedua belah payudara dapat menghasilkan susu.


4-Menyusukan Terus
Ambil cuti, dan bersamalah dengan bayi. Terus menyusukan dia sekerap mungkin. Dan paling penting, pam 10-15 minit bagi membantu mengosongkan payudara. Payudara yang kosong membantu menghasilkan susu yang lebih banyak. Ataupun, ibu boleh membuat tandem nursing-pumping. Maksudnya sebelah payudara menyusukan anak dan sebelah lagi mengepam. Ransangan serentak bermakna lebih susu akan terhasil.




5-Makan Makanan Yang Menambah Susu
Carilah makanan yang berkhasiat untuk banyakkan susu badan. Seperti betik, pucuk manis, tauhu tempe, soya, air horlick, ketam, durian atau apa saja yang membantu. Sebelum makan, bacalah bismillah dan selawat, agar makanan-makanan ini akan memberi manfaat susu badan kembali banyak.




6-Berdoa
Yakinlah susu ibu ini adalah rezeki dari Allah. Jadi bila ditimpa cabaran susu kurang. Berdoalah padanya agar susu kembali banyak. Dan cukup untuk anak. 
Pohon sungguh-sungguh. Bukan sekadar 'Ya Allah, banyakkanlah susu aku, tapi kalau takde juga aku berserah'. Berserah sebelum usaha adalah putus asa. Jadi berusahalah dan berdoa ya ibu-ibu.



7-Ambil Supplement
Amat penting, kerana mengepam dan menyusukan memerlukan ibu sihat dan bertenaga. Bayangkan jika ibu lemah, kurang tenaga, bagaimana nak berjuang kembalikan susu yang dah kurang. SET PENYUSUAN SHAKLEE JUGA BERBAHAYA Untuk masalah susu kurang.


 Tujuan utama Set Penyusuan Shaklee adalah membantu ibu mendapatkan zat, vitamin dan mineral yang lengkap. Jadi badan ibu pun sihat, dan bertenaga. Boleh melaksanakan aktiviti menyusukan dan mengepam dengan lebih baik. Walaupun tidur tak cukup. Sebagai bonus, susu ibu akan menjadi lebih pekat (bayi cepat kenyang, tak payah menempel lama-lama), juga susu akan bertambah.  Namanya juga usaha, jangan lupa mohon Allah berikan yang terbaik bagi ibu dan anak.


Jika mahu dapatkan Set Penyusuan Shaklee, boleh hubungi saya, insyaallah saya akan berikan lagi tips bagi menjayakan penyusuan kerna saya juga ibu yang telah menyusukan 2 orang anak


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Siti Balqis Binti Mohd Nordin
♥ call/sms/wassap: 017-379.5564
♥ Emel : balqisnordin84@gmail.com atau pondokvitamin@gmail.com
♥ Fb: https://www.facebook.com/pages/Pondokvitamin sila klik LIKE utk info terkini

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

heartbeat