May 20, 2014

RESEPI AYM PERCIK YANG RINGKAS LAGI SENANG

Sebenarnya lauk ni masak 2 hari lepas.Baru hari ni nak share.Ari tu puasa, so teringin sangat nak makan. apalagi, cooking time la jawabnya..
Bahan- bahan:-
(Untuk dikisar)
*2 biji bawang besar
*2 inci kunyit hidup (serbuk kunyit pun bole)
*2 batang serai
*2 cm halia
*1 sudu kecil biji ketumbar
*4 ulas bawang putih
*sedikit air utk blender
Bahan-bahan lain:-
*3 sudu besar cili boh.
*garam
*santan (guna santan kotak je)
*sekeping asam keping

                                                                            ayam




                                                                         bahan kisar


 ok.pertama sekali lepas bahan- bahan dah kisar masukkan ayam yang telah dipotong dalam kuali. Masukkan je tau.Tak payah buat apa-apa.


letakkan bahan- bahan yang telah dikisar tadi bersama-sama ayam. Kemudian masukkan santan. Tak kisahla korang nak guna santan kotak ataupun santan fresh.




Masukkan sekali cili boh atau cili kisar sedikit. Panaskan kuali dan masak ayam. Bila kuah dah pekat, ayam pun dah 3 suku masak.Masukkan ayam kedalam oven dan bakar. Nak letak kuah sikit masa bakar pun bole.Jangan letak semua dalam oven.Sebab baki kuah tu kita nak buat kuah percik.








Taadaaa.. dah siap. ok boleh makan..




May 15, 2014

KELEBIHAN DAN CARA SOLAT SUNAT DHUHA

Assalamualaikum.. erm, nak cerita pasal solat dhuha ni. Sejujurnya sebelum ni aku tak pernah solat dhuha. Terdetik nak buat pun bila ofismate sebelah aku ni rajin solat dhuha.So, aku pun gugel la apa kelebihannya. Rupa- rupanya banyak kebaikan dan kelebihannya.
 
Antara kelebihan solat dhuha ialah:-
 
1. Solat Dhuha adalah sedekah
2. Allah mengurniakan rezeki yang cukup setiap hari
3. Pahala seperti mengerjakan haji dan umrah
4. Solat dhuha adalah solat orang-orang yang bertaubat
 
 So, rasanya tak salah kalau kita saling memperingati sesama lain kan.. Sharing is caring ye dak..
 
Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).

Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.



Cara melakukan solat Dhuha:

a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.
b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam (surah pendek pun boleh tapi baca ni lebih afdal)

Surah As-Syam
 

c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha
(surah pendek pun boleh tapi baca ni lebih afdal)

                                                                     Surah Ad-Dhuha



d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa
maksudnya;

 
 
ok.Jom kita solat dhuha... ;)

 
 

May 8, 2014

SET BERSALIN APA YANG SESUAI UNTUK CESAREAN?

Assalamualaikum.. kalau tanya saya dah tentu saya akan jawab SET BERSALIN SHAKLEE.. Ini kerana mengikut pengalaman saya sendiri yang sudah 2 kali cesarean. 

Ingat lagi masa bersalinkan anak pertama dulu, saya ambil set jamu. Maklumlah, waktu tu anak pertama.Jadi memang tiada pengalaman disitu. Set bersalin memang saya dah beli awal2 lagi.Preparation kata orang kampung saya.hehe.. tup.. tup.. kena emergency czer. So, saya tadah dengan relanya..

Bila dah discharge, saya pun amik jamu dan berurut,pilis bagai. Esoknya bila nurse datang rumah nak cek ibu dan baby, nurse kata anak saya kena kuning.Suruh refer hospital secepat mungkin.Oh  nurse pun ada tegur, seeloknya tak payah pakai pilis sebab ianya jatuh ke mata anak bila sy breastfeed.

Bermulalah episod 'Hospitalku Rumahku'. Demi anak ku gagahkan jua. Sampai di hospital, kena marah dengan doctor. Tanya saya macam- macam. Yang paling saya ingat sampai sekarang doktor tanya, 'awak amik jamu ke?' doktor geleng kepala..Rayyan kena jaundis dengan bacaan yang tinggi. Hampir hampir tukar darah.. Sedangkan waktu tu saya baru je amik jamu dalam sehari.Rayyan di bogel dan dipasang lampu atas dan bawah untuk beberapa hari.

Waktu tu, sesi berpantang saya tidak sesempurna orang lain.Hanya cukup2 syarat saja.Berurut cukup 3x.Itu pun Curi-curi masa.Sebab masa tu lebih banyak berada di hospital. Bayangkanlah, dengan luka czer yang belum sembuh saya ulang alik ke hospital untuk menghantar susu dan breastfeed baby. Memang waktu tu jadi alah bisa tegal biasa.

Alhamdulillah. Rayyan dah boleh discaj dengan kulit yang sangat2 hitam.hehe... doc kata akibat lampu biru tu menyebabkan anak saya hitam.

                                                          sebelum UV

                                                           selepas UV

         


So, bila saya mengandung je anak kedua, saya lebih hati2. Lebih banyak buat research. Google produk apa yang sesuai untuk czer dan baby.Alhamdulillah saya ditemukan dengan shaklee..

P/S: ini pengalaman saya, setiap orang lain pengalamannya dan lain kesannya.Mungkin saya tidak sesuai dengan jamu. Tapi tidak bermakna anda juga tidak sesuai dengan jamu.

Ok meh, saya cerita tentang produk bersalin shaklee ni. Kenapa saya pilih SET BERSALIN SHAKLEE?
 
          

Kelebihan Produk Shaklee Pada Kesihatan

1) Vitamin B Complex bersama A. Folik


Peranan B Complex Shaklee dalam set ini sebagai Anti Stress pada ibu berpantang. Kesan yang dapat dilihat pada si ibu menjadikan mereka lebih tenang dan membantu tubuh menghasilkan sel darah merah baru selepas kehilangan banyak darah semasa proses kelahiran. 


2) Sustained Release Vitamin C


Vitamin C membantu tubuh melawan penyakit kerana ia meningkatkan daya tahan tubuh. Selain itu, vitamin c juga membantu  penyembuhan luka jahitan (samada daripada pembedahan caeser Czer (aka Cesarean) atau normal) dan memullih tisu yang rosak selepas bersalin. Vitamin C juga penting dalam membentuk kolagen dan penting dalam kecantikan kulit.



3) Vitalea / Multivitamin Dengan Zat Besi


Lanjutan dari Vitamin  C, Produk Vitalea melengkapkan keperluan vitamin harian kita dengan membekalkan 23 jenis mineral dan vitamin yang diperlukan oleh sistem tubuh untuk kembali  beroperasi dengan nutrient yang diperlukan. Antara mineral yang penting adalah zat besi, komponen penting pembentukan sel darah merah yang berkualiti untuk membantu badan kita kembali cergas. 


4) Zink Complex

Zink penting dalam membaiki luka pembedahan dan dalaman disamping membantu anak yang disusukan mendapat bekalan zink melalui penyusuan badan secara tidak langsung.

Zinc complex didalam set bersalin shaklee membantu luka pembedahan dan bersalin sembuh dengan lebih baik. Masalah keguguran rambut juga dapat dikurangkan dengan zinc.

Bagi lelaki, zink berfungsi meningkatkan kesuburan mereka. Menjadikan sperma lebih berkualiti dan meninggikan peluang mendapat anak. 



5. Shaklee ESP (Energizing Soy Protein) 
Protein daripada soya yang dirumus khas didalam Energizing Soy Protein ini akan menampung keperluan tubuh untuk menghasilkan lebih banyak susu badan bagi keperluan anak. 

ESP Shaklee ni salah satu produk wajib dalam Set Kurus Shaklee. Terutama untuk kawan kawan yang nak kuruskan badan tetapi mengalami gastrik



6. Shaklee Ostematrix 
Kalsium adalah komponen utama susu ibu selepas protein. Kehadiran kalsium mengelakkan sembelit dan stress pada ibu. Ramai dari rakan rakan dan saudara mara kita sakit sendi dan hilang gigi selepas anak dilahirkan. 

7. Shaklee Omegaguard dan Lecithin
Kedua dua produk ini membantu ibu berpantang membakar lemak dan mengembalikan kelangsingan tubuh badan mereka. 

Kawan kawan juga akan membekalkan DHA dalam omegaguard dan khasiat lecithin kacang soya untuk perkembangan minda bayi kita melalui susu ibu. Best kan

8. Alfafa Complex Shaklee
Set berpantang Shaklee mengandungi alfafa complex untuk membantu melupuskan dan memberihkan toksin dari badan. Usus kita tidak bersih kerana sisa makanan yang tertinggal.

Alfafa kaya dengan serat dan membersihkan dinding usus seperti span. Toksin dan racun juga akan dinyahkan dari badan dengan khasiat alfafa.

Barulah badan kita lebih bertenaga kerana zat dari makanan akan diserap sepenuhnya insyaallah. Alfafa juga membantu merangsang pengeluaran susu ibu.

Kalau kawan kawan sudah pun bersedia dengan ilmu penyusuan digandingkan bersama alfafa complex, hasilnya susu ibu akan meriah dan anak kita akan tertidur kekenyangan.

Sampai ada kes terpaksa beli peti sejuk baru untuk menyimpan stok susu yang melimpah ruah. Suhanallah. 

Namun begitu Alfafa tidak sesuai diambil oleh ibu dan anak yang menghidap G6PD dan SLE. Ibu yang bersalin secara pembedahan dan mempunyai anak yang demam kuning juga disarankan menunggu sehingga demam kuning anak reda sebelum mengambilnya.


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Siti Balqis Binti Mohd Nordin
♥ call/sms/wassap: 017-379.5564
♥ Emel : balqisnordin84@gmail.com atau pondokvitamin@gmail.com
♥ Fb: https://www.facebook.com/pages/Pondokvitaminsila klik LIKE utk info terkini

May 4, 2014

MEALSHAKE YANG SEDAP LAGI BERKHASIAT

Assalamualaikum.. Ok Sempena promo bulan ni iaitu bulan mei 2013 ni promo Mealshake buy 6 free 1, Meh, saya cerita lebih lanjut tentang mealshake ni.

Mealshake ni minuman segera yang sihat. 'French Vanilla Flavour' bau seperti aiskrim.Menjadi kesukaan ramai dari kanak- kanak hingga dewasa. Ianya segera diserap.Protin berkualiti tinggi dan mudah diserap dalam tubuh manusia dari kanak2 sehingga dewasa.

6 fakta menarik tentang Mealshakes:

1. Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.


Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.

2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel


Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.

3. Untuk Pembesaran


Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.

4. Anti-oksida


Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.

5. Pemulihan Kulit


Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.

6.Detox


Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.



Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:

• Sarapan segera yang berkhasiat
• Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
• Hidangan segera untuk para atlet
• Kudapan menarik pada bila-bila masa
• Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium



Meal Shake Shaklee ........ merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan ASID AMINO yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shake Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.
Siapa yang sesuai mengambil Mealshake Shaklee ini?
  1. Bayi bermula 1 tahun ke atas – sebagai MULTIVITAMIN untuk membantu tumbesaran yang sihat dan kuat.
  2. Bagi Kanak-kanak yang selalu sembelit.
  3. Kanak-Kanak yang kurang selera makan
  4. Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan
  5. Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang
  6. Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil

  7. Warga tua dan seisi keluarga


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
 
Siti Balqis Binti Mohd Nordin
♥ call/sms/wassap: 017-379.5564
♥ Emel : balqisnordin84@gmail.com atau pondokvitamin@gmail.com
♥ Fb:   https://www.facebook.com/pages/Pondokvitaminsila klik LIKE utk info terkini

May 1, 2014

PERBEZAAN UBAT DAN SUPPLEMENT



Medicine ( Ubat )


1.       Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.

2. Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi –fungsi secara menggangu tindakan biokimia dan proses enzim.

3. Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan ganguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, ganguan penglihatan, ganguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, ganguan penghadaman, dan akhirnya kematian.

4. Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh mengangu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.

5. Ubat baik dimakan biasanya dipertengahan waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.

6. Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh. 

7. Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya.

3. Ubat bertindak cepat dan menakjubkan, sering mengasar.seseorang boleh menerima kesanya dalam jangka masa yang pendek beberapa minit atau jam.

8. Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukanya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu system.

9. Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda.


Supplement ( Vitamin )

1.    Bahan berkhasiat kesemuanya adalah semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.

2. Bahan-bahan berkhasiat bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.

3. Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya tergangu sementara. Oleh itu badan akan membina system enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.

4. Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.

5. Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman lain-lain factor makanan.

6. Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang tercatit mengenai merbahayanya dengan pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.

7. Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ianya hanya member kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata kekurangan dalam tubuh badan.

8. Bahan-bahan berkhasiat bertindak secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang. Ia kebiasannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan kejayaan.

9. Bahan berkhasiat bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi dan tidak berulang lagi.

10. Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan khasiat, oleh kerana factor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman yang lemah.


RINGKASANNYA...

Ubat di ambil ketika kita sakit sahaja...

Supplement boleh diambil bila-bila masa... dan yang paling penting minum air banyak semasa mengambil supplement...

Ubat mengandungi dadah yg membolehkan ia bertindak dengan cepat....

Supplement tidak menggunakan dadah tetapi mengandungi banyak vitamin-vitamin yang sihat yg digunakan untuk melawan segala penyakit....



@@ JADI FIKIR-FIKIRKANLAH YG MANA TERBAIK BAGI DIRI KITA @@

#balqis nordin
#sms/wassap/call: 017-379 5564

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

heartbeat