Assalamualaikum...
sekarangkan musim demam termasukla putera dan puteriku tu.
Runsing sebenarnya kalau salah sorang demam.sebabnya kalau Rayyan demam, Rayna pasti menyusul lepas tu.Tambah- tambah lagi Rayna ada special case.Memang double triple kena take care.Risau sangat-sangat kalau rayna demam.Hmm..
Selalunya kalau anak- anak saya demam saya mesti buat benda kat bawah ni.
1. Sukat suhu badan anak
Suhu badan yang normal ialah 36.7C. Gunakan termometer yang boleh didapati di farmasi.Tak silap saya pasaraya pun ada jual termometer.Belilah yang mengikut bajet dan kemampuan tidak kirala yang letak di dahi, mulut atau telinga. Yang penting setiap keluarga wajib ada termometer.Bukan apa, senang nak pantau suhu anak-anak.
2. Tuam kepala anak
Jika suhu terlalu panas, tuamlah badan anak anda.Tuam dicelah - celah ketiak, Celah kaki dan celah peha.Sentiasa basahkan tuala dan letak di dahi.Jangan pakaikan baju tebal.cukupla sekadar pampers sahaja. Tak silap hospital pun tak bagi pakai baju.Malah pihak hospital sendiri suruh kita basahkan air pada badan anak kita supaya suhu dapat turun dengan cepat.Tapi apa yang saya selalu buat ialah, saya akan angkat anak saya ke sinki @ toilet basahkan kepala mereka.Kalau rasa agak - agak panas, saya akan memandikan mereka terus.
3. Beri anak makan bubur
Selalunya ketika demam, tekak kita tidak berapa sedap.Samala juga keadaan anak kita. Berikan makanan yang lembut dan tidak menyakitkan tekaknya.

4.Banyakkan minum air dan susu.
Berila anak minum susu atau air sebanyak mungkin.Ini kerana, suhu badan yang meningkat, akan menyebabkan badan kekurangan air.Jika anak tidak mahu makan atau minum sehingga menyebabkannya lemah adalah dinasihatkan cepat bawanya ke hospital berdekatan.
5.Berdoa pada ALLAH
Berdoalah.Mohon padaNYA, agar dipersembuhkan secepat mungkin.Dalam bidang pengubatan Islam, terdapat cara yang boleh kita amalkan serta ikhtiarkan untuk merawat penyakit demam panas ini seperti berikut:
- . Al-Fatihah
- Selawat Syifa’
- Ayat 21 hingga 24 surah al-Hasyr
- Doa demam panas
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Dengan nama Allah Yang Maha Besar, kami berlindung kepada Allah daripada kejahatan peluh yang mendidihkan darah dan kejahatan kepanasan neraka”KAEDAH RAWATAN
Bacakan kesemua doa dan ayat di atas, kemudian dihembuskan atas segelas/sebotol air dan diberi minum kepada pesakit. Pesakit juga boleh dilapkan dengan sebahagian air ini.
Cuma nak bagitau, kalau korang nampak anak tu dah lembik,letih, pucat, tak bermaya, tak makan dan minum. Cepat-cepatlah bawa anak ke hospital. Kita taknak nasi jadi bubur.. Baik bertindak cepat sebelum terlambat.